Demografi dan latar belakang etnik Islam_di_Ireland

Menurut banci Ireland 2002, terdapat 19,147 umat Islam (11,726 lelaki dan 7,421 wanita) yang menetap di Republik Ireland. Menurut banci Northern Ireland 2001, terdapat 1,943 umat Islam (1,164 lelaki dan 779 wanita) menetap di utara Republik Ireland.

Masyarakat Islam di Ireland kebanyakannya bercampur aduk dan bilangan mereka tidak ditentukan oleh sejarah negara tersebut seperti UK dan Perancis, di mana majoriti umat Islamnya adalah pendatang atau keturunan pendatang daripada bekas-bekas tanah jajahan mereka, atau Jerman dan Austria, di mana majoriti umat Islamnya adalah pendatang dari Turki dan keturunan mereka yang tertarik kepada negara-negara tersebut di bawah perjanjian-perjanjian buruh yang ditandatangani selepas Perang Dunia Kedua.

Tidak ada bangsa yang dominan dalam masyarakat Islam di Ireland. Negara-negara yang mereka berasal adalah dari Asia Selatan, Asia Timur, China, Ocenia, dan Indonesia. Terdapat juga umat Islam dari negara-negara Arab dan bilangan mereka yang sedang meningkat adalah dari Afrika Sub-Sahara, dan terdapat juga mualaf-mualaf daripada aliran Katolik.